Monday, 2 October 2017

muka hadapan










Amalan Semangat kejiranan
DUA 6022 Komunikasi Islam Dan Penyiaran Islam
Program : DTP5A
SESI JUN 2017




LECTURER: USTAZ MARZUKI BIN SEPIAAIL

Bil.
Nama
No. Matrik
1
MUHAMAD AMIRUL IMRAN B. MOHD NOOR EH
15DTP15F1042
2
MUHAMMAD SHAHRUL AZHAR B. GHAZALI
15DTP15F1043
3
KHAIRUL ASYRAF B. SAMSUDIN
15DTP15F1044
4
MOHD HAFIZI B. MUSTAFA
15DTP15F1047
5
THISSHWIN A/L GANESAN
15DTP15F1036
6
THINESH KUMAR A/L BADNANATHAN
15DTP15F1050



Isi Kandungan

Bilangan
Perkara
1.
Pendahuluan
2.
Isi 1
3.
Isi 2
4.
Isi 3
5.
kesimpulan
6.
lampiran
7.
rujukan

Objektif




  • Dapat membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara.
  • Pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan di dalam diri setiap masyarakat. 
  • Dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
  • Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga


Pengenalan



                                            



     Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.


        Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Hal ini kerana pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarakat .






Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kehidupan Bermasyarakat

          Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?

          Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan damai. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik dalam mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur dengan tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

          Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

          Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

          Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

          Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan mereka. Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong. Oleh itu, semangat kejiranan bukan sahaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.
       
          Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.  


Langkah Memupuk Semangat Kejiranan



Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.


Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.


faktor semangat kejiranan semakin luntur


JIRAN ialah orang atau keluarga yang tinggal 40 buah rumah berhampiran dengan rumah kita sama ada di tepi, depan atau di belakang rumah kita.

Dalam era globalisasi yang semakin canggih, kita dapat melihat hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin kurang dititikberatkan.

Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat sekarang hanya mengambil kisah hal masing-masing tanpa mengambil berat dan peduli tentang hubungan sesama jiran tetangga sehinggakan tidak mengenali siapa jiran mereka.

Pelbagai faktor punca kelunturan semangat kejiranan yang dapat kita lihat dalam masyarakat zaman ini termasuk impak daripada perkembangan teknologi canggih.

Penggunaan peralatan elektronik seperti telefon pintar, gajet, televisyen, permainan video dan komputer riba yang memberi kemudahan untuk kita bersembang di alam maya seperti dalam aplikasi Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya.

Ini menyebabkan kita merasakan tidak perlu untuk keluar dari rumah untuk berjumpa dan bergaul dengan jiran tetangga malah tidak menghiraukan apa yang berlaku di luar pagar rumah masing-masing.

Selain itu, budaya kunjung–mengunjungi dan mengenali jiran tetangga khususnya di musim perayaan juga semakin kurang diamalkan oleh masyarakat masa kini.

Gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan urusan kerja turut menyumbang kepada perkara ini.

Ditambah kos sara hidup yang semakin tinggi, lebih banyak masa dihabiskan mencari pendapatan tambahan daripada menghabiskan masa bersama keluarga mahupun merapatkan hubungan jiran tetangga.

Pada hujung minggu pula, kebanyakan daripada kita lebih suka berehat di rumah atau keluar beriadah bersama ahli keluarga. Tanpa disedari, tanggungjawab sesama jiran tetangga diabaikan sepenuhnya.

Lebih memburukkan keadaan, sikap segelintir ibu bapa yang tidak mengizinkan anak-anak mereka keluar bergaul dengan anak-anak jiran merenggangkan lagi hubungan kejiranan untuk generasi muda.

Mereka lebih suka melihat anak-anak berada di dalam rumah bermain telefon pintar, menonton televisyen dan sebagainya sehinggakan anak-anak mereka tidak mengenali jiran walaupun bertembung di luar.

Islam sangat menitikberatkan hubungan persaudaraan antara jiran tetangga tidak kira sama ada jiran itu beragama Islam atau bukan Islam bagi mewujudkan kemesraan persaudaraan sesama manusia.

Jiran ialah orang yang akan membantu ketika kita menghadapi kesusahan. Kesimpulannya, jika masyarakat sentiasa mementingkan kehidupan sendiri sahaja dan mengabaikan sepenuhnya semangat kejiranan maka secara tidak langsung ni telah melemahkan perpaduan di negara ini.

Untuk mencapai taraf negara maju, masyarakat Malaysia perlu memupuk semangat kasih sayang dan mengambil berat sesama kita dalam membentuk sebuah masyarakat bersatu padu.

Tingkatkan pergaulan dan kenali jiran anda, bukannya ke tahap ‘jaga tepi kain orang’ tetapi sekurang-kurangnya mengenali nama dan rupa jiran sebelah rumah.

Hubungan kejiranan penduduk kampung sangat erat walaupun jarak antara rumah mereka agak jauh, tidak munasabah bagi penduduk kota yang hidup dalam komuniti yang padat langsung ‘tidak sempat’ mengenali jiran sendiri.

Kesimpualan



  Tuntasnya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangar kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat untuk membendung gejala jenayah. Ternyata semangat yang kias pupus ini amat penting untuk terus diamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini. Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan semula suasana yang positif ini.

            Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ini akan menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya dan negara amnya. Ibarat kata pepatah, ‘ Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarakat bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejiranan tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.

            Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah,"jiran sepakat membawa Berkat.”

rajah 1 :perbuatan terhadap jiran


Rujukan

1 . http://minesabrina98.blogspot.my/2016/04/kepentingan-semangat-kejiranan-dalam.html?m=1

2 . http://cikgutancl.blogspot.my/2008/07/karangan-spm-langkah-memupuk-semangat.html?m=1

3 . http://www.utusan.com.my/rencana/forum/semangat-kejiranan-semakin-luntur 1.516146#ixzz4uFPbirnD

Lampiran

rajah 1: Tidak baik memburuk sangka
rajah 2: Bekerjasama dalam membuat kenduri
rajah 3: Sentiasa mengambil berat tidak mengira bangsa
rajah 4: Saling memberi makanan jika berlebihan
rajah 5:Keratan akhbar
rajah 6:Keratan akhbar